Hati Saya ♥
Open a new chapter of life ♥
♥Behind This Dimple Smiles♥: Celebration 17 years breathing in this world :D
Ya ALLAH, You always give me one reasons to smile, when I have 1000 reasons to cry, I'm thankful for this life. Subhanaallah

27 November 2014

Celebration 17 years breathing in this world :D


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeof9Jy_N-qrfPqos20olx__DFK7icuV-Mzfbg693KcOD5aMEnuYDFqXMj8X7XfkYuIhAVBFKY8UN9OxF9LW2Gd3QL7HOh_Ch98mrzG3SpiGVWCGmPE5l5TL28sxPP3GNqUJu0B73HyizK/s400/Gambar-kek-hari-jadi-2.jpg

Assalamualaikum dan sudah semestinya tajuk kali ni cerita tentang Birthday !! :senyumlebar:

Birthday siapa :?:

Birthday aku! :senyum lebar: (25 Novermber 2014) oh ye 25 nov ni jugak aku BEBAS SPM !! Last tarikh SPM aku ialah 24 nov hehe tapi benda yang sedihnya aku akan tamatkan zaman persekolahan tahun ni :sedih:  .Omy kenapa aku semakin membesar? Kalau boleh aku nak kekal muda dan jadi seorang kanak-kanak selamanya hahah..Kalaulah boleh kan? *begging* :nangis:

*Detik-detik terakhir sebelum paper chemist :sedih:*

Ok sambung birthday balik hahaha

Apapun birthday kali ni BESTTT sangat sebab aku ada keluarga yang sangat sayang aku.Well siapa lagi nak sayang kita ikhlas kecuali keluarga right? Yang bergaduh tapi baik balik.Yang luka tapi diubati balik?Siapa lagikan kalau bukan keluarga? *berapa banyak kali aku nak tnya :err:*

Stop membebel dan mulakan cerita!:senyum lebar:

Yeah Puan Besar bagi aku hadiah jam tangan ! Coach you know~ :cantik: *jeles lah sikit xD* 
Ni jamnya.Cantikkan :hurm:


 Terima kasih mama :suka:

Selama hari ni pun ,Puan Besar memang selalu belikan jam untuk aku so memang dan sebatilah dengan pilihan Puan Besar yang mesti kena ada warna putih. Wajib ada tu xD. Favorite Puan Besar lah katakan ~

Lepas je dapat jam tu,Aku terus nak ajak Puan Besar keluar nak cari hadiah untuk aktiviti tukar-tukar hadiah . Jamuan kelas yang terakhir kat SCM nanti! Puan Besar kata kena lah ajak Abang Besar ,sebab Tuan Besar tak de umah *selalu typo nak tulis besar jadi bear-_-* Jadi Abang besar pun bawak je lah.Jadi driver kitorang hari ni.Yeayyy! :wah:

Nak cari hadiah kat DIY so The Store pilihan yang terbaik sebab supermarket baru bukak lepas renovation hari tu.Jadi banyak barang baru.Budget yang diumumkan below anad up five ringgit.Tapi biasalah aku ni kalau boleh nak tepat 5 ringgit hahah.Kedekut amat aku ni~ Tapi mana mungkin ada hadiah 5 hengget  :err: kecuali getah rambut maybe haha.Tapi hadiah aku tu kalau dapat kat lelaki tak ke awkward nanti .

So aku decide nak beli buku nota London ok.Harga up lah sikit tapi better dan cun untuk lelaki atau perempuan.So notting wrong.Belanja sikit lah kot.Kedekut betul fatehah ni :err:

Ni sneak peek apa yang dah jadi waktu kat SCM hari tu!
Hadiah yang aku bagi dapat kat Sha ca ca ca:hihi:




Hope kau suka ye caaaaa
Dan aku dapat hadiah dari fakhrul *hope no hard feeling B haha :haha:


Tu cuma sneak peek of 'Persaraan kami sebagai murid sekolah'.Klau aku rajin aku tulis cerita pasal Hari Jamuan terakhir 5Sains2 kat blog hee :tak pe:  Kalau rajin lah haha *sekarang cerita hari jadi so back to the topic!

 .Lepas jalan sana sini dan aca aca macam nak balik.Tetiba abang besar panggil.Puan Besar dah pelik dah.Eskelator nak pergi kat keretanya kat sini.Yang kat sana buat apa .Aku ikut jelah maleh nak lawan dengan orang orang tua ni *lol :woi:

Tetiba Abang Besar masuk tempat bowling.Dan muka aku macam 'what?' :?: Abang Besar sengih  :haha:  dan cakap "Ni sempena hari jadi adik" Dan aku macam 'haa' :apa: pandang Puan Besar yang blurr :err: jugak waktu tu.Nampaknya Puan Besar pun tak tahu rancangan bowling ni.Pandai betul Abang aku simpan rahsia.Tapi bila fikir balik sweet jugak abang aku ni kan? hahahahaha .Aku dah kata dah abang aku ni memang sweet orang tapi mulut je laser gila.haha

Lepas dia bayar,ambik kasut *sampai lupa saiz kaki aku berapa* dan blurr tak tahu apa nak buat.Ketakut dan seram memikirkan aku tak reti main bowling dan itu first time aku nak main bowling.Dan Abang Besar cakap 'ko baling je macam mana pun,tak yah takut" dan aku macam  'haa yelah tu' sambil angguk angguk.

Puan Besar pun first time jugak nak main ni,selama hari ni tengok orang main je..Jadi rasanya aku sangat memahami kerisauan Puan Besar jugak waktu tu..hahaha.Jadi untuk balingan pertama,Abang Besar buat demo balingan gaya ala perempuan gitu.Dia baling lah dengan sopan santunnya dan ke *longkang* hahahahah..tapi time tu tak de lah aku gelak..Muka aku cuak kut waktu tu.Abang aku pun tak dapat masukkan apa lagi aku.

Demo kedua."Yang ni jangan tiru" Aku dengan Puan Besar pun angguk2 je lah.Abang besar dengan gaya yang 'terkini' yang aku sendiri tak terfikir nak baling dan ke *longkang* hahaha .Ish teha kau jangan gelakkan orang. Zip mulut tu!

Dan turn aku..Pilih bola boling yang paling ringan hahaha.Mula agak aneh tapi baling jelah dan ke...


Biarlah gambar berbicara :err:
hahaha .Tu sebab kena daulat gelakkan orang :sob sob:
Muka ditutup sebab malu :pening: hahaha

Dan diteruskan teruskan dan sampai je balingan ke 6 dan...
Jeng *strike* :wah: wahhhhhh menjerit cover2 aku..Menerima tepukan dan sorakan dari abang besar dan Puan Besar.Memang bangga betul aku..muahahah. Baru strike selaki dah kecoh amat.Kembang jap hidung aku hahaha

Main dan main lagi sampai habis..Excited betul aku lepas dapat strike.hahaha.Terus rasa bowling ni best rupanya .Campak 5 bintang kat bowling.Terima kasih Abang Besar sebab bagi hadiah hari jadi aku ni.Lepas ni nak main lagi dan Tuan Besar belanja pulak:LOL:  xD Dan pemenang bagi game kali ni ialah Puan Besar hahah..Thumbs up sebab markah penuh je..tak de yang kosong hahaha

'Macam mana best?"
"BESTTTTT! *nanti belanjalah lagi* hahaha":senyum lebar:


Balik rumah terus cerita dengan Tuan Besar dan mintak Tuan Besar belanja pulak .Oh ye hadiah yang Tuan Besar bagi untuk satu2nya anak perempuan dia hadiah ialah ...

*Bayar rotex motor yang akan tamat tempoh bulan 12 nanti*
Ingatkan Tuan Besar nak bagi kereta pulak hahahaha

Maklumlah tahun lepas dah bagi aku motor sebijik.Tahun ni bayar rotek motorlah pulak.hahaha .Tuan Besar kata lesen kereta tu ada baru boleh cakap nak kereta ,tu pun bayar sendiri! haha Terima kasih Tuan Besar :hihi: Jasamu amat anakmu hargai..Oh ye , motor dah pun habis bayar! Abang besar yang bayarkan.hehehe Senang betul hidup kau Tehah~ :senyum lebar:

Itulah dia kisahnya sempena bithday yang ke 17 tahun ni.Hopefully dapat kehidupan yang lebih lebih lebih lebih dan lebih baik daripada sebelum ni.Aminn.

 :Bye:


;) Assalamualaikum ;)

No comments: