25.05.2014
Here our story begins *buat muka comel*
Assalamualaikum haisyummm!! k sedar banyak habuk kat blog sampai terbersin pula hahah.Dekat 4 bulan tak berhupdate ish ish .Apa nak jadi dengan Fatehah ni.Pemalasss xD
Almaklumlah, baru jeh lepas ujian pertengahan tahun yang berlangsung selama 3 minggu.Ehem! Diulang kemabali TIGA minggu berturut-turut.Mata memang rabak tak usah cakap lah.Bangun dekat 2.00 pagi,tidur 2 jam je kadang-kadang.Huh, itulah dia pahit getir sebagai seorang pelajar SMKRP yang terbilang wahaha. Maklumlah tahun ni SPM dan ada satu misi satu matlamat yang perlu dilunaskan *ayat seorang pelajar yang terbilang* choii~
Memandangkan baru je lepas exam yang sangat panjang.Jadi kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan sambil beramal di ZOO NEGARA! Khasnya sebenarnya untuk panitia pendidikan sivik kewarganegaraan yang memerlukan projek Khidmat Masyarakat untuk pelajar form 5 *senior year wuihh*
Ok berbalik kepada cerita Alahai mukadimah panjang sangat *Penat ente, antum ,antuma membacanya.Eh ada pak,mak arab baca ke?* hahaha. Ok mari mula cerita .
Kisahnya di sini bermula di pagi hari yang indah belaka.Perjalanan dimulakan dengan makanan *Itu pasti* Makan dalam bas je yop.Takde nak tunggu-tunggu lagi.Kitaorang memang kena bertolak awal sebab nak jadi sukarelawan mestilah datang awal.Kalau datang lewat alamat keluar duit sendirilah sebab dah masuk kategori pengunjung.Dekat 40 hengget sorang klau pengunjung.Ambik ko! hahaha
Kitaorang jadi sukarelawan RM 0.00 je.Almaklumlah datang buat kerja.Bukan posing memosing dekat haiwan tuh semua.huhu ~ :(
Pagi-pagi lagi kitaorang dikumpulkan ,diberi taklimat dan pengagihan tugas.Muka semua takut-takut je time agih tugas tu.Faham-faham je la.Haiwan kann hahah .Tapi waktu tu aku dah redha dah.Bagilah kerja apa sahaja.In Shaa Allah aku buat dengan hati yang relaa haha.
Ni lah muka-muka sukarelawan di pagi hari yang indah ini.
40 orang murid SMKRP bersedia dan pasrah apa sahaja.hahaha
Dalam taklimat tu abang zoo tu kata semua harta berharga segala-galanya adalah tanggungjawab sendiri.Handfond and bla bla bla mesti disimpan di dlam poket dan bla bla bla..Lepas tu aku dah tak dengar sangat sebab tengah menggelabah fikir tang mana aku nak letak tab aku ni.Dalam poket?Mahu koyak seluar aku .Dalam beg bahaya. Pegang ? ahh menyusahkan. Lastnya terpandang dua orang cikgu yang aku kenal dan sangat percaya iaitu Cikgu Rohaida dengan Cikgu Rohayu.
Apalagi menggelabah aku nak mintak tolong.Tapi nak bagi cikgu mana satu? Cikgu Rohaida ke Cikgu Rohayu? hahah *ahh tengok,aku suka membesarkan masalah yang kecil -_-* Lastnya pilihan di hati ialah jeng jeng jeng jengg *ecece suspen sikit* Pemenangnya ialah Cikgu Rohayu! *tepuk tangan* hahaha
Aku pilih Cikgu Rohayu sebab Cikgu Rohayu ada beg galas.Senang lah sikit nak simpan tab aku ni.Klau mintak Cikgu Rohaida ,Cikgu Rohaida bawak hand beg.Malas lah aku nak menyusahkan Cikgu dan mengambil space besar untuk letak tab semata-mata.hehe Apapun terima kasih Cikgu Rohayu simpankan tab saya . *bersopan santun pula* hahah
Setelah diagihkan tugas.Aku,Athira,Shahira,Paan denagn Azriezal "ditarik" beramai-ramai ke satu tempat yang agak menyeramkan *tak delah seram sangat* Cerita kena gempak hahah.Akak tu suruh letak segala barang kat situ dan ambil but.Apa lagi pilihlah but yang berkenan di hati.Pastu kitaorang dipisahkan lagi Paan dengan Athira.Lepastu aku ,Shahira,dengan Azriezal dibawa pergi ke kandang unta. Mulalah aku nak menyanyi lagi arab pulak.hahaha
Lepastu Azriezal dengan Shahira dibawa pergi lagi ke longkang nun jauh di kandang unta sana.Aku ditinggalkan keseorangan dan macam dah agak apa aku kena buat.hahah. Seperti yang dijangkakan awal-awal lagi aku disuruh membersihakan segala 'bahan buangan unta' BBU ke dalam tong sampah besar.Hahaha serius dah agak dah.Tapi redha sahaja la labuu..
Aku membuat kerja penuh dedikasi ye! Tak de ngelat2 ni.Lepas tu bersihkan kandang unta *tak ingatlah nama unta tu*.Tengok orang mandikan unta *tengok sahaja* .Alahai rugi tak tangkap gambar.Maklumlah tab jauh nun kat cikgu Rohayu sana.Pastu tolong Shahira dengan Azriezal tengah memungut sampah ,mengaut segala daun kering kat longkang sana.
Bunyi macam kerja dorang tak susah ,tapi sebenarnya nauzubillah kerjanya.Longkang sepanjang-panjang nya dibersihkan ,Kerja dah setahun tak buat agaknya.Longkang tu penuh dari A sampai Z dengan semak segala.Ish ish syian .Hampir 20 plastik sampah guna untuk kaut segala - galanya.Huh penat kot.Aku pun relakan diri jelah tolong sebab kesian tengok dorang.Dekat 4 jam jugak lah baru siap sepenuhnya.
Dalam kitaorang buat kerja tu sempat lagi cikgu snap gambar posing-memosing *gambar yang tak menunjukkan kitaorang buat kerja*. Pastu cikgu dok gelak-gelak kitaorang.huh penat you know.Muka memang tak bole bla lah.Tak larat nak buat muka pun.hahah. Peluh memang tak bole larilah.Dengan Sha aku tak lah segan sangat ,tapi segan jugak dengan Azriezal.Tapi bila pikir balik ahhh aku bukan nak kahwin pun dengan dia..jadi bantai saja lahhh hahaha
Lepas dah siap segala.Barulah kitaorang dibenarkan berjalan di sekitar zoo negara.Tapi tak dapat nak capture sebab tab kat cikgu.Bak kata Athira biarlah semua memori itu hanya disimpan dan tersemat di hati.hahaha.Jadi bnyak ambik gambar dari cikgu je.Hehe terima kasih Cikgu Rohaida.
Lepas je melawat segala dengan Paan,Azriezal,Athira dengan Shahira.Kitaorang pun makan kat kantin dan tukar baju.Almaklumlah bau masam segala hahaha. Terus solat dan beli kejap cenderahati kat kedai kat situ.Aku beli satu je.Nak tahu ke apa?hahah.Ini dia~
Ok pelik k pelik.hahah Orang lain beli rimau ke gajah ke.Aku beli kipas semata.haha.Aku beli pun sebab cuaca panas sangat ,dan siapa kata benda ni dah tak guna lagi.Berguna ok kalau waktu tak de elektrik.hahah .Sebenarnya tu merupakan tujuan utama aku beli kipas ni.hahah.
Lepas beli cenderahati ni.Kitaorang jalan-jalan kejap kat taman rama-rama.Masuk je tempat ni mulalah aku nak nyanyi lagu Miley Cyrus - Butterfly fly away tu hahaha.Tak de kerja aku ni.Semua haiwan nak bagi lagu tema.Tapi tempatnya cantik.Ni gambar dorang.
Ok pelik k pelik.hahah Orang lain beli rimau ke gajah ke.Aku beli kipas semata.haha.Aku beli pun sebab cuaca panas sangat ,dan siapa kata benda ni dah tak guna lagi.Berguna ok kalau waktu tak de elektrik.hahah .Sebenarnya tu merupakan tujuan utama aku beli kipas ni.hahah.
Lepas beli cenderahati ni.Kitaorang jalan-jalan kejap kat taman rama-rama.Masuk je tempat ni mulalah aku nak nyanyi lagu Miley Cyrus - Butterfly fly away tu hahaha.Tak de kerja aku ni.Semua haiwan nak bagi lagu tema.Tapi tempatnya cantik.Ni gambar dorang.
Ok happy endinggg !!
Eh eh eh jap
Ni tak bole tinggal hahahah
PM dengan Hisyamuddin datang tengok Panda! Comel je hahaha.Kitaorang sempat lambai Hisyamuddin masa dorang pergi tengok Panda *bangga bangga * xD hahaha
Haaa ni baru Happy Ending!! hahaha. Gerenti sivik A+ untuk SPM ! haha
Dan pasti buat laporan untuk Kerja Khidmat Masyarakat
Dan pasti buat laporan untuk Kerja Khidmat Masyarakat
Byeeee
p/s :Banyak kerja sekolah cuti 3 minggu ni haihhhh
No comments:
Post a Comment