Hati Saya ♥
Open a new chapter of life ♥
♥Behind This Dimple Smiles♥: Resipi rahsia paprit ayam cik siti ^^ *14.06.2014*
Ya ALLAH, You always give me one reasons to smile, when I have 1000 reasons to cry, I'm thankful for this life. Subhanaallah

22 June 2014

Resipi rahsia paprit ayam cik siti ^^ *14.06.2014*




Fuhh penat aku mengeluarkan bakat memasak yang ada sempena hari bapa ni.Eh,ada bakat ke? Hahah. Disebabkan oleh itulah aku membongkar rahsia masakan paprik ayam cik siti.Eh cik siti wan kembang ke? Tentulah tak.Ini cik Siti Zaharah ,bonda kesayangan aka puan besar.

Sebenarnya semua berlaku secara spontan bila aku cakap jom kita masak untuk Ayah! *Hari Bapa 14.06.14* Cik Siti pun mula mengambil kesempatan since aku ni xreti masak .Maka dengan penuh semangatnya cik siti setuju dan mencapai kata sepakat dengan abang besar.Abang besar pun rela mencari bahan masakan kat aeon big .Saje je Cik Siti suruh abang besar beli seorang diri supaya dia belajar jadi seorang suami yang soleh suatu hari nanti.hahaa :senyum lebar:

Memandangkan abang besar dah rela membeli bahan masakan maka aku terpaksa dalam rela lah belajar masak resipi turun temurun cik siti.Maka semuanya bermula disini.
Ya di dapur...di sinilah bermula segala idea spontan keluar.:err:

Ok ni misi yang perlu abang besar cari di aeon big.
>Isi ayam
>Bawang putih

>Bawang besar yg kuning *choi,macamlah ada bawang warna hijau =..=

>Daun limau purut

>Sos tiram

>Sos cili

>Cili api

>Cili banggala atau bahasa orang putehnya bell pepper
>Putik jagung
>Kobis bunga

>Lobak merah


Setelah semua bahan misi sampai.Cik siti gelak tengok ayam yang dibeli oleh abang aku tu.Aku pun jenuh lah tenung.kenapa? Rupanya, suami 'soleh to be' tu tersilap beli ayam.Bukan isi ayam tapi tongkeng ayam.Tongkeng tu apa :?: Malas aku cakap,paham2 sendiri je la bahasa jawa tu.haha.


Maka terpaksalah abang besar patah balik beli ISI ayam.ISI AYAM ye!.syian.tapi dia xbole malas sebab adik dia nak jadi chef hari ni.hahaha *Seronok tengok muka abang aku kena buli wahaha,Takpe lah kan suami soleh to be* Eh? hahaha


Ish melalut je aku ni.Orang nak tahu resipi rahsia ni! Haha ok.. sabar sabar,itu cuma selingan *ayat cikgu Aliza*

1.Ok puan-puan dan tuan-tuan, mula2 potong bawang besar dan bawang putih.Tips bagi yang Anti Telan Bawang macam aku sila potong besar2 supaya dapat asingkan bawang tu dengan mudah bila nak makan nanti.


Abaikan cili banggala yang menyebok sekali kat situ.*tak de motif pun kehadirannya* :err:

2.Pastu,tuang minyak dalam kuali.Jangan banyak sangat! sebab nanti kuah papritnya akan penuh dengan minyak macam selalu kat kedai.sangat tak sihat ye rakyat jelata sekalian.

3.Next.masukkan semua  bawang besar tadi.sehingga dia kuning.Macam ni !



4.Lepas bawang agak kuning.Taruk isi ayam.dan golek-golekkan dalam kuali sampai kuning.Sesedap hati aku je guna ayat golek-golekkan. Taram je la kan.Bukan buat surat kiriman rasmi pun.



5.Masukkan cili sos separuh botol.Separuh botol ok.Lebih pun tak pe.pastu golek-golekkan lagi.



6.Dan ini dia yang ditunggu2,resipi rahsia cik bonda ialah ... jeng jeng jeng. Tuangkan separuh botol sos tiram dalam kuali.Diulang kembali SEPARUH.Selalunya klau kita makan kat kedai mesti kuah dia cair sebab dorang hanya tuang beberapa sudu sos tiram je dalam paprik.see kedekut -_- jadi klau nak kuah pekat harung je separuh botol sos tiram ok.Walaupun mahal harganya.Takpe berkorban apa sahaja ~



Reminder:selepas sos dimasuk terus masuk sos tiram sebab sebab nak bagi ayam tu sebati dengan dua2 sos.Kalau nak tambah air pun bole tapi kurang pekat dan x likat lah kuahnya.so mungkin kena tambah sos lagi.

7.Pastu potong bunga kobis dan putik jagung.dan masukkan dalam kuali dan golek-golekkan juga.


Fokus yang kat dalam bekas tu ye.Ada bunga kobis dengan putik jagung.Abaikan cili merah dengan cili banggala tuh lagi ye.Maaf akan masalah teknikal ini. =..= *sebenarnya waktu capture ni ,malas nak alihkan dua benda alah tu dalam dulang ,maka menyeboklah mereka di situ.

8.Masukkan daun limau purut.klau nak tahu bau masakan paprik ayam cik siti macam mana.bau lah daun limau purut tu.itulah bau paprit ayam Cik Siti.


Gambar ini merupakan belas ihsan pak google.Terlupa nak capture sendiri lol

9.Lepas dah masukkan daun limau purut.masukkan cili merah dan cili banggala.Hah ni baru cili banggala berguna di sini.Masukkan cili last sebab xnk dia pedas gila.Dah lah masuk banyak sos cili tadi kan.


Waktu ni abang aku tu yang gaulkan jadi gambar memang goyang.Ni je yang terbaik.Dah dia tu gaul bukan reti nak stop kejap.Penuh perasaan dia gaul =..= Maklumlah ,pernah bercita2 nak menjadi chef terkemuka.-.- .Lepas dah golek-golekkan dia dalam kuali tambah sikit kicap sebagai perasa.taraaaa dah siap!


See lagi sedap tengok paprik ayam dah ada atas nasi.hahaha
Lepas ni say bye2,sebab semua ni akan masuk dalam perut.hahaha

See xsangka aku boleh masak.xsusah.ceceh.baru buat paprik ayam dah bongkak  :err:  itupun dengan tunjuk ajar cik siti.mcm rancangan tv8 tu 'Kan-Cheong kitchen'hahah.Jadi ni lah resipi turun temurun cik siti.Siapa yg baca bertuahlah beliau kerana aku membongkar rahsia cik siti.Takpe cik siti tak marah sebab ilmu memang untuk dikongsi.Happy Father day ayah.This is your day!

Komen juri tak bertauliah: 
Cik siti:"Bolelah rasanya, macam mama masak"
*Mestilah,keturunan cik Siti nih!

Abang besar:"Pedas + masin sikit tapi boleh makan,good job adik.lepas ni hari2 masak." *Bodek ada makna ye cik abang =..=


Ayah:"klau macam ni biarlah hari2 hari ayah.hahaha" *Ni tak bole blah xD

No comments: