Assalamualaikum
Ye! gambar saya kat atas tu tengah beratur untuk daftar temuduga.Ye yang muka kuning dan senyum paksa tu.Ye tu saya yang comel tu.
Aku memang tak reti nak bagi nasihat dan tips-tips temuduga
ni.Tapi aku boleh ceritakan pengalaman aku dalam temuga untuk Sarjana
Muda Sains (Kepujian) Seni Bina ni.Sebenarnya pengalaman aku ditemuduga ni masih
boleh diguna pakai oleh pemohon diploma seni bina landskap,diploma ukur
bangunan dan diploma reka bentuk dalaman.Walaupun bidang-bidang ini
mempunyai aspek yang berbeza tapi proses temuduga masih sama di dalam
fakulti yang sama.
Pengalaman temu duga ni adalah di UiTM.Tapi di IPTA/IPTS yang lain
MUNGKIN melalui proses yang sama.Sebab course sebegini memang perlukan
temuduga untuk menilai dan meguji korang layak atau tidak untuk belajar
subjek yang tough ni.
Sejujurnya bidang Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Bina ni sebenarnya
sangat susah untuk pass berbanding bidang lain seperti yang dinyatakan
di atas tadi.Banyak aku baca pengalaman orang yang temuduga untuk bidang ni.Kebanyakan gagal dan mohon rayuan.Mereka tak mencari yang straight A.Tapi mencari yang mampu
survive dalam bidang ni.Kalau korang straight A , dorang lebih sarankan korang masuk medic ke macam tu.
Maka sangat bertuahlah anda sekiranya anda berjaya pass temuduga dan ditawarkan bidang Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Bina ini kerana tak kira lepasan SPM,ASASI,MATRIK dan STPM anda akan terus ke sarjana muda (degree) (hanya di UiTM sahaja.)
Maka sangat bertuahlah anda sekiranya anda berjaya pass temuduga dan ditawarkan bidang Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Bina ini kerana tak kira lepasan SPM,ASASI,MATRIK dan STPM anda akan terus ke sarjana muda (degree) (hanya di UiTM sahaja.)
Pertama sekali tentulah korang dapat surat cinta dari uitm untuk datang date
Surat cinta ni datang seminggu sebelum interview.Ambik ko! Cepat gila rasanya.
Ni surat yang kena print sendiri Saja print lebih buat kenang-kenangan.
Ni surat yang kena print sendiri Saja print lebih buat kenang-kenangan.
SEBELUM TEMUDUGA
1. Sediakan semua dokumen yang disuruh sahaja.Tapi kalau rajin atau terlebih duit dan ragu-ragu sukatilah nak fotostep surat berhenti sekolah ke apa ke.*better tak payah sebab pernah buat dan tak digunakan langsung hahah
2.ENGLISH! Please prepare! Sebab waktu temuduga dorang sangat menitik beratkan speaking.Temuduga dalam Bahasa Inggeris tau.Jangan risau kalau nak 'rojak' pun.Asalkan korang ada speking sikit-sikit.Kalau dapat penemuduga yang tak kisah tak apa.*Tapi selalunya kesah*.Apapun just be ready okay.
3. Baca jugak blog-blog orang yang lebih senior dalam bidang korang apply ni *macam korang sekarang.So now you are in the right way* untuk tahu apa-apa yang korang tak pasti dan soalan-soalan yang bakal ditanya.Soalan masa interview mungkin berbeza mengikut bidang yang korang bakal interview nanti. Obviously ada markah untuk pengetahuan kursus,pengetahuan am, dan pengetahuan seni bina..
4. Bawak apa-apa sahaja lukisan yang korang pernah lukis atau folio-folio yang menunjukkan lukisan waktu korang sekolah dulu.Bawak lukisan yang korang lukis saje-saje untuk isi masa lapang pun boleh.Tak semestinya yang dah diiktiraf sahaja yang boleh dibawak.*Sebab waktu interview tu aku hanya bawak folio reka cipta semata .
5. Pada yang tidak ada apa-apa lukisan nak tunjuk,jangan nangis-nangis sebab benda tak payah pun tak apa tapi klau korang nak nampakkan kesungguhan korang bawaklah.Sebab lukisan-lukisan macam ni pun membawa korang untuk 'bercakap' lebih banyak masa interview.
HARI TEMUDUGA
Korang bakal ada 2 sesi .
Sesi I : Ujian Lukisan *bawak pensil,pemadam,pen,pengasah *kut-kut nebess sangat sampai pesil patah*Jangan sesekali bawa pembaris!
Sesi II : Temuduga *Dokumen*
1. Sarapan! *Takut nanti pengsan pulak karang sebab temuduga untuk
sarjana muda sains seni bina adalah yang paling lama klau nak
dibandingkan dengan bidang lain.Mungkin sampai 6.30 p.m/7.00 p.m kalau
datang lambat dan tak pandai rebut duduk depan kat khemah*
2. Bagi yang dapat temuduga sesi 1 *lepasan SPM selalunya dalam bulan May macam tu* pedulikan masa yang tertulis dekat surat panggilan temuduga tu.Datang je seawal yang boleh .Kalau tak korang kena beratur sepanjang ini. *Atau lebih*
Ye ni FSPU Shah Alam.*Aku date dekat sini* barisan ni buat muka aku jadi
Tapi better sikit dah cari kawan sembang supaya tak rasa lama dan nebesss sangat hahah
3. Sebelum korang duduk kat khemah. *memang akan ada khemah* kena pastikan korang daftar dulu ye.Check nama anda.Jangan nak terus menonong je duduk kat khemah tu.
Kat sini lah daftarnya. BEST kan date siap berdaftar ni.
Nanti kalau dah sampai turn korang janganlah jadi macam aku kat bawah ni
Baru nak tercari-cari IC hua hua hua.Pastikan IC ada kat tangan
ye.Senang sikit.Jiran sebelah aku tu pun sama je mencari IC hahaha.
4. Pastikan korang sahkan sijil dulu sebelum duduk khemah okay. *Akan ada bilik kecil yang korang pasti akan nampak* sebelum ke khemah.
5. Ye sekarang korang boleh duduk dengan tenang dekat khemah dan tunggu je dorang bagi angka giliran.Tak payah nak cari sangat mesin angka giliran kat situ.Memang tak de. *Teringat aku ada terpikir nak cari mesin angka giliran tu*. Duduk sedepan yang boleh.Jangan nak ikut sangat kawan-kawan yang 'takut-takut' tu.
6. In case kalau lama sangat.Korang makan dulu lah elok.Kenyangkan perut dan tenangkan diri kejap.Jangan sampai terlepas sesi ujian melukis sudah.
(I) UJIAN MELUKIS
1. Apa yang bakal korang lukis bergantung pada tempat korang interview.Ada yang berbeza-beza.Dorang ada gabungkan cube,pyramid dan apa-apa sahaja bentuk-bentuk yang kita belajar kat sekolah rendah dulu.Ni hasil aku lukis dari apa yang dorang suruh lukis dari ujian lukisan tu.
3D dan bayang-bayang.Sikit shading dan siap.Ujian ni dalam 1 jam macam tu.
Dalam dewan kuliah tu nanti cari kedudukan
dan sudut yang senang nak lukis.Korang akan lukis mengikut sudut yang
korang bakal duduk nanti.Bagi amatur elakkan duduk tengah-tengah.Bagi je orang yang bole lukis 'dasyat-dasyat' ni duduk tengah hahaha
*Memang akan wujud manusia yang lukisan dia dasyat nanti.Korang mesti nak jeling-jeling apa orang lukis hahaha*
(II) INTERVIEW
1.
Korang akan dibawa ke bilik tutorial.Aku sarankan korang duduk je bilik depan-depan .Jangan pilih bilik belakang.Nanti angka giliran korang
untuk interview pun akan ke belakang.Contohnya aku sob sob
Ambik ko! Orang ke 161 kot.Padah pilih bilik belakang.
2.
Tunggu je lah sampai berjanggut.Better solat dulu untuk tenangkan hati
sebab selalunya waktu macam ni memang ada break kejap.
3.
Dah sampai waktunya . Korang akan masuk ke bilik yang penuh dengan ular
tedung dan ular sawa batik yang tengah telan orang .Okay acah je.sebab
tahu korang mesti tengah serius membaca hahahah.Rilax lah.Tenang-tenang
je.Buat muka cool dan bergaya.Korang kan bakal-bakal arkitek kena cool
(bagi sarjana muda sains seni bina) lah.Aku cakap je lebih,Padahal aku pun tak cool.
4. Okay time ni kena cerita pengalaman.Maka bermulalah perenggan.
Akak tu suruh aku masuk dan 'pergi dekat tudung coklat tu' .Aku pun berjalan dengan senyum yang tak berapa nak jadi.Waktu aku baru tahu yang temuduga ni tak macam yang kat dalam tv tu.Dalam tu ada banyak penemuduga dan dalam banyak-banyak tu korang akan berdepan dengan seorang je penemuduga.
Aku terus pergi kat 'tudung coklat' tu tapi tudung purple dah panggil aku.Dia kata tudung coklat tu tengah makan *memang nampak dia tengah makan kuih.Maaf lah aku panggil beliau dengan 'warna tudung' ni sebab aku tak tahu nak panggil apa.hahaha
Terus aku datang dan mulakan dengan salam.Beliau pandang aku dengan senyuman dan beliau terus tanya latar belakang keluarga aku tengok borang-borang yang aku bawak,lukisan yang aku lukis waktu ujian melukis tadi,tengok folio reka cipta aku dan bertanya sikit-sikit apa yang aku reka waktu sekolah dulu dan semak keputusan SPM..Aku sebenarnya tak banyak cakap.Boleh dikatakan bila dia tanya baru aku jawab.Mohon adik-adik,kakak-akak,abang-abang semua jadikan pengajaran.Malah dari mula aku bercakap bahasa Melayu .Okay ni part sedihnya...
Lepas tu dia tanya aku
Beliau :Who are your favourite architecture?
Aku : "Saya suka Kazuyo Sejiema dan bla bla bla..
Beliau : Why you like her?
Aku :Sebab dia bla bla bla..
Beliau :Any local architecture you know? Name it and what the buiding that they build?
Aku : Saya tak...
Beliau :Why you not speak in english? You should speak in english in this interview.Campur-campur pun tak apa.Asalkan ada.
Aku : Oh,kena ke? *Boleh pulak aku tanya.Time tu nafas aku dah terhenti sekejap dan berharap aku boleh transform lidah aku jadi minah saleh sekelip mata.Tapi... *
Beliau : Yes.. You should..
Aku :About your question.. I actually didn't know any of local architect . *time ni aku dah sebak sebenarnya.Sebab aku sebenarnya tak prepare apa-apa sebelum datang interview.Baca blog orang pun aku tak sempat sebab aku kerja.Tapi tak boleh salahkan kerja.Memang salah aku.Aku yang tak sedia.*
Beliau : You don't know any of them?
Aku : Yes *aku tetap tengok mata beliau walaupun rasa malu dah setebal kamus dewan bahasa dan pustaka*
Beliau : Are you sure you ready for this course?Sebab saya rasa awak masih belum sedia untuk bidang ni.You tak prepare or google something?
Aku : No.... but I really like this course.Sangat suka.
Beliau ada bertanya tentang pilihan kedua aku dalam UPU.Dan aku cakap senibina landskap
.
Beliau : Kalau saya ,saya sarankan awak ambil seni bina landskap sebab sains seni bina ni sangat tough dan senibina landskap lebih relax.You know what I mean right? .Awak nampak belum bersedia untuk tidur cuma 2 jam atau tak tidur langsung. *Beliau tuju kepada sains seni bina*
Aku :Tapi saya suka reka bangunan daripada buat landskap.
Beliau :If you my children ,I memang tak sarankan bidang ni.Bidang ni terlampau tough.Perlu orang yang mempunyai mental & fizikal yang kuat.I tak nampak you ready.
Aku : *aku tersedar dan boleh dikatakan beliau membuatkan aku sedar yang aku tak sedia fizikal mental aku untuk interview ni.Dalam kata lain boleh kata jugak aku patah semangat*
End of interview aku hanya senyum pahit dan beliau juga membalas senyum aku. Aku terus kemas folio,salam beliau dan ucap "Terima kasih" dan terus beredar tanpa toleh ke belakang lagi.Aku tahan paip mata dan keluar tanpa pandang orang yang tunggu untuk di interview masuk.Tak sanggup aku nak tunjuk muka aku yang keruh tu dekat orang yang belum interview.Nanti dorang takut pulak.Better waktu korang keluar dari bilik interview tu nanti,senyum sikit bagi semangat dekat kawan-kawan lain yang tengah takut kat luar.
Pengajarannya kat sini korang kena prepare semuanya.English tu
penting.Confident lagi penting.Jangan sampai apa yang bakal ditanya langsung tak berjawap atau hanya diam.Luangkan masa baca blog senior.Klau boleh
masuk je bilik interview korang yang cakap dulu (Speak first).Korang yang perkenalkan
diri dulu.Baru nampak confident korang dan kredibiliti korang sebagai
bakal graduan arkitek.
Boleh kata lepas tu aku putus asa tetapi tak lama ,dan bangkit kembali demi cita-cita.Aku bakal terima tawaran matrikulasi dan bercita-cita setahun akan
datang aku akan datang balik interview untuk Sarjana Muda Sains
(Kepujian) Seni Bina dan akan perform yang terbaik dan buat penemuduga aku ternganga.Kita buat semampu yang
boleh.
SEMAK KEPUTUSAN UPU
Aku
redha.Dapat tak dapat,itu rezeki yang Allah tentukan kerana "Tak ada
sesiapa yang dapat menghalangi apa yang Allah beri , tak ada sesiapa
yang dapat memberi apa yang Allah halangi. "
Aku
berpegang pada potongan ayat doa tersebut.Aku masih ada jalan ke-dua
untuk mencapai cita-cita aku tu.Jadi aku redha.Perancangan Allah adalah
yang terbaik.Jadi sesiapa yang rasa macam tak perform baik.Kita doa je
supaya Allah mudahkan urusan kita.
Dan...
Macam
tak percaya sampai aku bukak web ni berpuluh-puluh kali untuk pastikan
betul ke tak.PerancanganNya memang yang terbaik.Mungkin berkat doa mama,ayah,abang dan
cikgu-cikgu memberikan aku peluang untuk membuktikan yang aku bersedia dan mampu sebenarnya.
Bagi sesiapa yang tak dapat.Jangan risau masih boleh buat rayuan
dan menghadapi temuduga sekali lagi.Kali ni biarlah cuba yang paling THE
BEST untuk buktikan betapa korang minatnya jadi arkitek sebenarnya.
Saje aku nak kongsi pengalaman yang terlampau baru ni untuk korang semua.Aku cuma harap korang tak jadi macam aku .Korang kena jadi lebih baik dari aku sebab tu aku post ni.Semoga apa yang terjadi pada aku korang jadikan pengajaran dan buat yang lebih baik.Aku doakan supaya segala urusan korang dipermudahkan dan doakan jugak aku ni supaya dapat jadi Ar.Nur Fatehah Binti Che Mat suatu hari nanti.*Jauh lagi tu Tehah
Saje aku nak kongsi pengalaman yang terlampau baru ni untuk korang semua.Aku cuma harap korang tak jadi macam aku .Korang kena jadi lebih baik dari aku sebab tu aku post ni.Semoga apa yang terjadi pada aku korang jadikan pengajaran dan buat yang lebih baik.Aku doakan supaya segala urusan korang dipermudahkan dan doakan jugak aku ni supaya dapat jadi Ar.Nur Fatehah Binti Che Mat suatu hari nanti.*Jauh lagi tu Tehah
haha
*GOOD LUCK GAIS*
*GOOD LUCK GAIS*