Hati Saya ♥
Open a new chapter of life ♥
♥Behind This Dimple Smiles♥: Happy Birthday Sweet 16 xD
Ya ALLAH, You always give me one reasons to smile, when I have 1000 reasons to cry, I'm thankful for this life. Subhanaallah

18 December 2013

Happy Birthday Sweet 16 xD


*Gambar hiasan semat-mata :sob sob: *

Yayyyy!
Happy birthday to meee!
Happy birthday to meee!

Meee tu bukan mee segera atau mee bandung ye .Tentulah meee tu Cik Tehah.hahah xD *errr*.Ok maaf,ter over di situ  :err: . Soalan pertama:?:

Bila tarikh lahir Cik Tehah?
-Ohh tentulah 25 November 1997-

Ohhh,terkantoi disitu menunjukkan betapa malasnya Cik Tehah menghupdate blog.Tarikh hari ni dah selamat 18 Disember  :err: Kemalasan tahap giga terserlah dengan penuh bergaya LOL. Faham-faham je lah perempuan ni macam mana.Kadang ok ,kadang tu tak, kadang terover pulak *macam sekarang* .Huh! gaya macam ada orang baca je blog aku nih hahaha xD

Apapun,Birhtday kali BEST gilaaaa .Nak tahu ke apa yang gila tu.Alaaa nanti-nanti lah dulu.Tu stok untuk kemuncak cerita.LOL . Birthday aku kali dapat hadiah yang best-best.Terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Besar,Yang disayangi Puan Besar,Yang disanjungi Abang Besar dan Yang memberi hadiah Him sebab sudi memberi hadiah. *Berucap gaya pengetua yang berdedikasi*

Soalan kedua :?: 

Apa antara-antara hadiahnya?
-Ish sibuk je nak tahu :err: -

Ni antara hadiahnya xD


4 buah novel dari Puan Besar hehe *3 bulan pun blum tentu habis*



Rantai dari Him  :hurm:



Cekak rambut dari Him  :hurm:



 Bantal love ada tangan (tangan tak nampak) dari Puan Besar jugak*gedik nak letak rantai tu kat situ* LOL



Muffin dari Puan dan Tuan Besar *Takde kek sebab dapat hadiah lagi best dari kek heheh*



Senang cerita nak gabung semua gini lah rupanya. *Kan senang upload je terus macam ni :err: *
Dan hadiah yang terBEST + aku dapat percuma + Jagaan penuh rapi oleh Abang Besar ialah ...



Motor Ego S (sport) YAMAHA

Kan aku dah cakap,hadiah ni lagi best dari kek hehehe.Terima kasih kat Tuan Besar yang bayar duit muka motor ni dan kepada Abang Besar yang sanggup membayar bulan-bulan motor ni.*baik abang aku ni rupanya* .Terserlah kecomelan Tuan dengan Abang Besar aku tu sebab sudi bagi aku pilih motor warna pink. hahah >,<

Tuan Besar sebenarnya tak berapa setuju dengan pilihan aku ni.Kalau bole dia nak belikan motor jenis ada gear sebab kat JPJ mana ada motor jenis brek kaki kat tangan kiri  :err: lol.Plus mantainance yang tinggi.Faham-faham je la.Tapi disebabkan Tuan Besar nak belikan motor yang aku suka jadi tuan besar redha je la.heheh.Terima kasih ayahanda.Anakanda sangat menghargainya.Berbahasa istana pula.

Dan terima kasih kat ayah lagi sebab belikan jugak helmet warna pink (cer tenung kat gambar tu) ..Helmet pun aku gedik-gedik nak warna pink hahaha .Alaaa aku kan perempuan .Agak boleh diterima akal la kalau aku nak warna pink gittuw.Lagi-lagi lepas aku tengok ada sorang akak ni pakai.Gila comel. hahaha.

Abang Besar kata kalau dia naik motor ni + pakai helmet warna pink terpancar kecomelan dia yang akan nampak jambu tu. Aku dah terkesima dengan apa yang dia kata.Memang hacur la agenda tersembunyi aku tuh hahah.Sebenarnya aku tak kesah pun dia nak pakai motor tu sebab dia pun yang bayar LOL.Jadi pakai la ikut sesuka hati asalkan motor tu tak jadi lain ..

Sebenarnya Abang Besar pun ada agenda tersembunyi sebab dia dengan rela hati membayar motor aku ni.Pertama ,dia nak bersara daripada membeli barang-barang dapur atau makanan :err: *kejam*.Dah lah nak bersara macam tu je tanpa notis 24 jam :err: Dan aku macam kena kejutan budaya *Budaya membeli belah* terpaksa mengambil alih tugas membeli belah tu dari dia .

Apapun terima kasih kepada sesiapa yang sudi meng-Happy kan aku pada birthday yang ke 16-tahun ni.Lots of love from Cik Tehah.Muah setepek :hurm:  hahaha  *k gedik :err: *

2 comments:

Ian F. Ian F. said...

amboi banyak nya hediah. share share lah sikit

teha teha said...

Share?Tak sampai.haha xD *alasan